Jenayah

Perompak batal niat samun kedai emas

GEORGETOWN – Dua perompak gagal menyamun sebuah kedai emas di Taman Chai Leng Park di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai warga tempatan itu menaiki motosikal menyerbu masuk ke dalam kedai emas berkenaan sebelum memecahkan cermin ruang pameran.

Menurut sumber, suspek yang memakai topi keledar itu meluru masuk ke dalam premis dan membalut tangan mereka menggunakan kain sebelum menumbuk cermin ruang pameran tetapi kemudiannya melarikan diri tanpa mengambil sebarang barang kemas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memburu kedua-dua suspek terbabit.

“Kita sedang mengumpul maklumat lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");