Isu Panas, Panasnya Hari Ini

PKR, DAP, PAS Perlu Duduk Berbincang – Rafizi

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga gabungan parti politik di dalam Pakatan Rakyat (PR) boleh terus kekal di dalam pakatan pembangkang sekiranya ketiga-tiga parti berkenaan ‘duduk semeja’ untuk berbincang.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, PR pernah mengalami krisis dalaman beberapa kali sebelum ini, namun ianya dapat diselesaikan secara baik melalui perbincangan.

“Ketiga-tiga parti ini boleh kekal duduk dalam PR jika segala masalah itu dibincangkan bersama.

“Sebelum ini pun memang ada banyak masalah tetapi sebelum ini, kita tetap duduk bersama dan cari jalan bersama tetapi kebelakangan ini, tindakan terutama dua perkara iaitu satu usul PAS tidak dibincangkan….dan tindak balas DAP juga tidak dibincangkan secara bersama,” kata beliau, memetik sumber laporan Sinar Harian hari ini.

Rafizi turut menegaskan mengenai pentadbiran yang ditadbir oleh PR, termasuklah di Selangor dan Pulau Pinang masih berada di dalam keadaan stabil dan kukuh.

“Mengikut peraturan demokrasi untuk menubuhkan kerajaan iaitu perlembagaan negeri-negeri ini memaktubkan bahawa seperti juga di Parlimen, sesiapa ahli dewan yang mendapat majoriti daripada ahli dewan yang lain boleh menubuhkan kerajaan,”katanya.

Katanya lagi, PAS dan DAP juga telah bersetuju untuk terus mengekalkan Mohamed Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor, dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");