Perak Hari Ini

Polis Rampas Dadah Heroin Bernilai RM51,450

IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun dan merampas dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai RM51,450 di Taman Pusing Murni Pusing di sini.

Dalam serbuan jam 5 petang pada 29 Mei lalu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menyerbu sebuah kenderaan milik suspek di kawasan perumahan itu dan menemui dadah jenis heroin seberat 914 gram.

PERAKTODAY

Susulan daripada serbuan tersebut pihak Polis turut menyerbu kediaman milik suspek dan turut merampas dadah jenis heroin seberat 115 gram di taman berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak , ACP Yap Toon Khuan berkata, Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda City bernilai RM50,000 dan seutas rantai emas bernilai RM12,150.

PERAKTODAY2

Jumlah keseluruhan sitaan berkenaan adalah sebanyak RM62,150.

Katanya lagi, suspek kini direman selama tujuh hari mulai 29 Mei lalu sehingga 4 Jun ini.

“Suspek disyaki merupakan seorang pengedar dadah yang menjalankan kegiatan pengedaran di sekitar kawasan Menglembu dan Batu Gajah,” katanya.

Tambah Yap lagi suspek dikatakan telah menjalankan kegiatan tersebut sejak tahun 2014 lagi dan serbuan kali adalah hasil siasatan pihak Polis dengan bantuan maklumat daripada orang awam.

PERAKTODAY3

Suspek berkenaan juga turut  mempunyai satu kesalahan rekod lampau dibawah Seksyen 90 Akta Polis dan juga merupakan ahli kepada satu sindiket yang masih dalam siasatan pihak Polis.

Kes diklasifikasi dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");