Berita Hari Ini

PPMM tingkat usaha martabat Islam

SHAH ALAM – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) meminta ahlinya melipatgandakan usaha untuk memartabatkan Islam sebagai agama negara dengan terus mengadakan program pemahaman literasi undang-undang.

Presiden PPMM, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, PPMM akan terus bekerjasama dengan semua agensi atau pihak yang mahu melaksanakan undang-undang jenayah syariah di Malaysia tanpa mengira aliran politik

“Beberapa peruntukan Undang-Undang Tubuh PPMM akan dipinda bagi menyesuaikan dengan kehendak semasa dan perjuangan memartabatkan undang-undang Islam selaras dengan moto PPMM ‘Mengarusperdanakan Syariah’,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Mesyuarat Agong Tahunan kali ke 28 menyaksikan Zainul Rijal dilantik sebulat suara sebagai Presiden PPMM bagi penggal 2015/2017 di Subang Jaya, semalam.

Sementara jawatan Timbalan Presiden diterajui oleh Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden ialah Adzly Ab Manas, Marlina Amir Hamzah dan Mohd Fasha Musthafa.

Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");