Isu Panas

PR tidak perlu kabinet bayangan

KUALA TERENGGANU – Tiada keperluan untuk membentuk Kabinet bayangan pada masa ini. Perkara itu diakui Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas, Dr Hamdan Muhammad yang melihat bahawa Kabinet bayangan bukan isu penting buat masa ini walaupun DAP sudah pun membentuk Kabinet bayangan mereka sendiri.

Beliau memberitahu pertimbangan perlu diambil kira memandangkan Kabinet bayangan yang mahu diteruskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail itu dilihat tidak begitu mendapat respons positif daripada rakan-rakan PR lain dan berkemungkinan boleh menimbulkan kekalutan.

“Pada pandangan saya, pilihan raya masih jauh lagi dan Kabinet bayangan ini tidak munasabah serta akan menimbulkan kekalutan.

“Apa yang dilakukan DAP yang membentuk Kabinet bayangannya sendiri mungkin kerana mereka ada strategi politik,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Wan Azizah yang mahu mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan PR untuk meneruskan Kabinet bayangan PR walaupun tidak mendapat maklum balas positif daripada Pas dan DAP, apatah lagi DAP sudah pun mempunyai Kabinet bayangannya sendiri.

Bagaimanapun katanya, sekiranya Kabinet bayangan PR benar-benar mahu diwujudkan, beliau melihat waktu dekat pilihan raya adalah masa terbaik kerana ia menunjukkan bahawa PR benar-benar bersedia sebagai kerajaan menunggu.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Ulama Pas Terengganu berkata, ia juga perlu melibatkan semua parti dalam PR untuk mewujudkan keseimbangan.

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Pas yang berlangsung Jun ini di Selangor, Hamdan memberitahu beliau masih kekal sebagai Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas Pusat.

Beliau diumumkan menang tanpa bertanding oleh Jawatankuasa Pemilihan Pas berikutan jawatan itu tiada pencabar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");