Perak Hari Ini

Program Ceria Lebaran PDK Raikan 242 OKU

IPOH: Sambutan Aidilfitri pada tahun ini ternyata lebih bermakna kepada lebih 242 golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan 10 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh negeri ini.

Program Ceria Lebaran PDK anjuran Badan Amal Usaha Isteri (BAIDURI) Negeri Perak telah memberikan peluang kepada golongan OKU berkenaan memilih baju raya idaman sendiri di Pasaraya Mydin di Meru Raya, pagi tadi.

Salah seorang penerima, Sufian Baharom, 21 daripada PDK Seri Murni, Kuala Kangsar berkata, beliau ingin membeli kelengkapan lengkap untuk menyambut Aidilfitri nanti.

“Saya nak beli baju Melayu, songkok, sampin dan kasut.

“Saya rasa sangat seronok sebab dapat membeli baju raya mengikut apa yang saya nak dan dapat membeli belah bersama kawan-kawan saya yang lain,”katanya.

PERAK TODAY 3

Menurut guru daripada PDK Pantai Remis, Norlaila Ahmad berkata, bantuan seperti ini amat membantu untuk menggembirakan peserta-peserta PDK.

“Dengan peruntukan sebanyak RM100 kepada seorang peserta, ianya amatlah menggembirakan peserta PDK.

“Mereka juga kelihatan gembira dan saya harap, program ini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang,”katanya.

Antara PDK yang terpilih ialah PDK Sungai Tinggi dan Nur Gemilang dari daerah Larut Matang dan Selama, PDK Pelangi Kasih (Kerian), PDK Permatang Buntong (Hilir Perak), PDK Ulu Kuang (Kinta), dan PDK Ikatan Kasih (Batang Padang).

PERAK TODAY 1

Turut terpilih ialah PDK Nur Insan (Manjung), PDK Baiti (Hulu Perak), PDK Cahaya Qaseh (Perak Tengah) dan juga PDK Sri Murni (Kuala Kangsar).

Program Ceria Lebaran PDK-BAIDURI ini telah dianjurkan selama lima tahun dan memperuntukkan sebanyak RM100 bagi setiap pelajar di PDK yang terpilih untuk menyertai program ini.

Hadir ke program berkenaan ialah isteri Menteri Besar Perak yang juga merupakan Yang Dipertua BAIDURI Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");