Perak Hari Ini

Program Ziarah Kasih Ramadhan Dekati Golongan Kurang Bernasib Baik Dan Warga Emas

IPOH: Program Ziarah Kasih Ramadhan anjuran bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perak (JKKN) dianjurkan khusus mendekati serta membantu golongan yang bernasib baik serta warga emas.

Menurut ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan program tersebut ternyata memberi impak tersendiri.

ziarah ramadhan 6

“Kumpulan sasar program ini terdiri daripada masyarakat yang kurang bernasib baik, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

“Program ini memberi maksud yang cukup baik dengan aktiviti ziarah yang melibatkan golongan ini,”katanya.

ziarah ramadhan 4

Tambahnya lagi golongan tersebut sering disisihkan dan kebanyakanya tidak menghadiri program yang dianjurkan kerana uzur.

Ujar Samsudin lagi, program ini mampu memberi sinar kepada golongan tersebut selain daripada bantuan yang dihulurkan.

ziarah ramadhan 1

“Program ziarah ini mampu memberi impak dan juga ianya merupakan hasrat kerajaan iaitu mengeratkan hubungan antara rakyat,”ulasnya lagi.

Beliau turut berharap program seumpama ini diperbanyakkan lagi pada masa hadapan selain mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat.

ziarah ramadhan 2

Sebanyak 21 keluarga diraikan dalam Program Ziarah Kasih Ramadhan dengan pengisian seperti acara berbuka puasa dan pemberian sumbangan sempena ramadhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");