Jenayah

Remaja mengaku salah cabul wanita

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun mengaku salah mencabul kehormatan seorang wanita yang sedang menunggang motosikal, di Mahkamah Majistret, disini, semalam.

Remaja itu mengaku salah mencabul kehormatan mangsa, 30, dengan memegang buah dada mangsa sebelum melarikan diri.

Kejadian berlaku di Lorong Jalan Kamaruddin, di sini, pada 20 Mei lalu, kira-kira jam 9.30 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, nasib remaja terbabit akan ditentukan 13 Julai depan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat memandangkan dia merupakan seorang pesalah juvana.

Sementara itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan dia diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");