Berita Hari Ini

Risda peruntuk RM69 juta jayakan transformasi

RAUB – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Pahang memperuntukan sebanyak RM69 juta bagi menjayakan 29 program transformasi untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil negeri ini tahun ini.

Pengarah Risda Pahang Wan Ahmad Sabri Zainuddin Wan Mohamad berkata antara program utama yang terlibat ialah program Tanam Semula Getah ke Getah, program jalan pertanian, latihan dan keusahawanan. prasarana banjir dan Program Lonjakan Mega.

Beliau menambah Risda juga menyediakan program Pembangunan Usahawan bagi membantu pekebun kecil membuat pinjaman mudah bagi tujuan perniagaan untuk memberikan pendapatan tambahan kepada mereka.

“Kemudahan pinjaman mudah pekebun kecil itu dapat membantu usahawan di bawah Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan kami yakin dapat mewujudkan 200 orang usahawan setahun atau kira-kira 1,000 usahawan baharu menjelang tahun 2020,” katanya.

Wan Ahmad Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian van jenazah sumbangan Risda kepada Persatuan Islam Mukim Dong yang disempurnakan Adun Dong Datuk Seri Shahiruddin Ab. Moin di sini, semalam.

Selain itu, Wan Ahmad Sabri juga menggesa pekebun kecil untuk memanfaatkan bantuan dan teknologi yang disediakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan menerusi pokok getah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");