Perak Hari Ini

Rumah Teres Dua Tingkat Musnah Terbakar

IPOH: Sebuah rumah teres dua tingkat musnah dalam satu kejadian kebakaran sekitar jam 6.31 pagi di sini hari ini.

Menurut juru cakap Bomba dan Penyelamat, kejadian kebakaran tersebut berlaku di Persiaran Cempaka Sari, Taman Cempaka.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah hampir 80 peratus,” katanya.

IMG-20150624-WA0001 (1)

Tambahnya lagi, Kebakaran ini juga telah memusnahkan sebanyak 20 peratus bahagian kiri dan kanan rumah terutamanya dibahagian atas bilik tersebut.

“Anggota bomba segera ke lokasi kejadian dan bertindak menggunakan 5 aliran salur bantu air dari tangki jentera sehingga api dapqat dipadamkan sepenuhnya, kata sumber lagi.

Namun bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam musibah kebakaran tersebut dan punca kejadian dan taksiran kerugian masih dalam siasatan.

IMG-20150624-WA0000

Operasi tamat sekitar jam 7.50 pagi tadi yang diketuai oleh Ketua Operasi Samasuvam Pavatyhapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");