Berita Hari Ini

Saiful tarik balik saman RM50 juta terhadap Anwar

KUALA LUMPUR – Mohd Saiful Bukhari Azlan menarik balik saman menuntut RM50 juta terhadap bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membenarkan permohonan itu selepas bertemu dengan peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful Bukhari di kamarnya di sini.

Difahamkan, tiada sebab dinyatakan berhubung penarikan tersebut.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata mahkamah meminda tarikh perbicaraan kepada 25 Ogos daripada 10 Ogos tahun ini.

Latheefa berkata hari ini kes ditetapkan untuk pengurusan dengan Zamri memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya mahu menarik balik saman.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");