SIAPA sangka pelakon kacak, Salman Khan sebenarnya memiliki hati yang mulia apabila dilihat akan menjadi pendamai antara dua negara, India dan Pakistan.
Namun niat murni itu adalah pembawaan wataknya dalam filem terbarunya berjudul Bajrangi Bhaijaan, di mana mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan dari Pakistan yang secara tidak sengaja melalui sempadan sehingga memasuki India.
Justeru untuk menyelamatkan kanak-kanak itu, Salman dikatakan cuba membantu menghantarkan kembali ke Pakistan.
Difahamkan filem tersebut mendapat inspirasi daripada hubungan kurang baik antara India dan Pakistan sejak beberapa tahun lalu.
-Sinar Harian
Komen & Pendapat