Isu Panas

Sambut Baik Cadangan Untuk PAS Bertanding Bagi Kerusi DUN Perak

IPOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur menyambut baik kenyataan yang dilontarkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Ia adalah berkaitan dengan cadangan untuk meletakkan calon parti itu pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang secara tradisinya ditandingi oleh DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Ketuanya, Salman Salleh berkata, pihaknya menyahut cabaran yang dilontarkan oleh Dr Zuhdi dan telah menunggu lama kenyataan seperti itu.

“Dalam masa yang sama, kita secara terus dapat menyampaikan dakwah Islam dan membawa cita-cita PAS kepada pengundi majoriti bukan Islam, khasnya sepertimana di sini,” katanya melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Namun begitu, Salman berharap ianya tidak bersifat politik semata-mata, sebaliknya, ia akan menjadi inspirasi PAS dalam suasana politik di negara ini.

“Tentang kedudukan kerusi yang akan ditandingi akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan kami bersedia dengan keputusan parti dengan kesungguhan untuk bertanding kelak.

“Selama lebih 18 tahun sebelum ini, Parlimen Ipoh Timur telah ditandingi oleh DAP, kami menganggapnya ia satu peluang keemasan yang sungguh bermakna dan amat dinantikan selama ini,”katanya.

Beliau turut berharap agar kesemua ahli PAS kawasan Ipoh Timur bersedia dengan keputusan sekiranya benar PAS akan bertanding untuk salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Ipoh Timur kelak.

“Bagi kami, persediaan daripada jentera dan kewangan akan digerakkan dengan segera bagi menghadapi segala kemungkinan,”tegasnya.

Terdahulu, kesemua kerusi DUN di kawasan Parlimen Ipoh Timur telah dimenangi oleh DAP antaranya Tebing Tinggi, Pasir Pinji dan Taman Canning.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");