Berita Hari Ini

Sasar 15,000 peserta dapat lesen

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan 15,000 peserta akan mendapatkan lesen B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ di sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Ismail Ahmad berkata, sejak program itu dijalankan sejak 2009, seramai 80,000 peserta sudah menerima manfaat iaitu mendapat lesen dengan bayaran yang paling minimum.

Menurutnya, bagi tempoh enam bulan tahun ini, seramai 6,558 peserta berjaya mendapatkan lesen B2 selepas mengikuti kursus selama tiga bulan.

“Program SKSJ yang dijalankan memberi manfaat kepada masyarakat terutama yang berada di luar bandar seperti di Felda dan perkampungan Orang Asli.

“Dalam kursus yang dijalankan, semua peserta mendapat maklumat dan bimbingan daripada pegawai mengenai peraturan lalu lintas agar dapat menjadi penunggang motosikal yang berdisiplin dan berhemah,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutup SKSJ di Felda Bukit Sagu, di sini.

Ismail berkata, berdasarkan statistik, penunggang motosikal mencatatkan jumlah kematian yang tinggi.

Beliau berkata, kira-kira 60 peratus kematian akibat kemalangan adalah penunggang motosikal.

“Pada tahun lalu, lebih 4,000 pengguna jalan raya iaitu penunggang motosikal maut akibat kemalangan.

“Justeru, bagi mengelak perkara yang tidak diingini, kita harap penunggang motosikal mematuhi peraturan jalan raya seperti memakai topi kaledar,” katanya.

Dalam pada itu katanya, penubuhan Skuad Muda JPJ diharap dapat menerapkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan jalan raya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");