Sukan Hari Ini

Schweinsteiger, Schneiderlin Pilihan Utama Man United

BINTANG Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger merupakan pemain tengah yang menjadi sasaran utama Manchester United pada jendela pemindahan pemain pada Julai ini.

Bagaimanapun United sedia mendapatkan Morgan Schneiderlin dari Southampton jika misi mereka membawa Schweinsteiger gagal.

Seorang tokoh kanan United mendedahkan,” ya, kami berminat terhadap Morgan, tetapi tiada perbincangan serius setakat ini.”

Difahamkan, pihak atasan United telah menghubungi wakil Schneiderlin untuk memberitahu minat kelab itu sementara bidaan setinggi £20 juta juga akan dilakukan.

Schneiderlin, 25, yang turut menjadi sasaran Arsenal dan Tottenham Hotspurs dikatakan telah memberitahu rakan-rakannya bahawa dia ingin ke United.

Pemain itu dilapor telah ditawarkan lanjutan kontrak dengan gaji sebanyak £60,000 seminggu oleh Southampton, namun mengekalkan hasratnya untuk bertukar kelab pada Julai ini.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");