Panasnya Hari Ini
Like

Sedia Terima Kritikan Yang Membina -PM

June 30, 2015
57 Views
0 Comments
1 minute read
Sedia Terima Kritikan Yang Membina -PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau tidak pernah segan untuk menerima kritikan dan jauh sekali untuk menolak sebarang kritikan terhadapnya.

Menurut sumber daripada Astro Awani, tegasnya lagi yang penting adalah setiap kritikan yang dilemparkan itu juga seharusnya membina dan mampu memberikan kebaikan.

“Kata (kritik) tidak betul tapi tak bagi tahu apa yang betul. Pertikai, kata kerajaan tiada hasil, kalau tiada hasil manakan kerajaan dapat membina banyak universiti … bagaimana nak laksanakan pembangunan untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan majlis berbuka puasa bersama penuntut universiti awam, institusi pengajian tinggi swasta dan institut pendidikan guru di sini, malam tadi.

Pada Majlis tersebut juga Perdana Menteri turut menegaskan bahawa setiap sesuatu yang dilakukan oleh kerajaan bukan semata-mata untuk suka hati tetapi ianya telah dirancang dengan sempurna termasuk faedah dan kebaikan yang akan dinikmati oleh rakyat.

Komen & Pendapat

Leave a Reply