Jenayah

Seorang maut, tiga cedera kemalangan dua kereta

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda Civic dan Proton Sateria di Kilometer 16, Jalan Pontian-Kukup dekat Pontian, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian Deputi Superintendan, Jokhiri Abdul Aziz berkata dalam kejadian 6.50 pagi itu, pemandu Honda Civic Tan Wai Seng, 18, maut di tempat kejadian.

“Mereka yang cedera pula adalah dua adik perempuan Tan iaitu Tan Hui Shan, 17 dan Tan Si Sian, 15, serta lelaki yang memandu Proton Satria berkenaan, Ruazhar Razali, 36,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jokhiri berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Honda Civic yang dalam perjalanan dari Kukup ke Pontian itu terbabas dan masuk ke arah bertentangan ketika memotong kenderaan lain.

Beliau berkata kereta itu kemudian dilanggar di bahagian kanan oleh Proton Satria dari arah bertentangan.

Beliau berkata mayat dan kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Pontian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");