Panasnya Hari Ini

Sesi Dialog Perdana Menteri Bersama NGO Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Sesi dialog Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang dirancang pada pagi ini telah dibatalkan.

Pembatalan tersebut telah diumumkan oleh pengacara majlis bertempat di Dewan Tun Hussien Onn dekat Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

“Urus setia masih berbincang dengan pihak polis bagi membenarkan majlis ini diadakan.

“Kami diberitahu berlaku kekecohan di luar dewan dan satu tangkapan telah dibuat terhadap dalang yang cuba sabotaj program ini,” ujarnya memetik laporan daripada mStar.

Walaubagaimanapun, bagi tidak menghampakan orang ramai yang telah menunggu semenjak daripada awal pagi tadi, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberi peluang untuk berucap.

Keadaan di PWTC berkenaan menjadi kecoh apabila sesi dialog yang sepatutnya bermula pada jam 10 pagi itu tidak berlangsung seperti yang dirancang.

Najib juga yang dijangka tiba pada jam 9 pagi turut tidak kelihatan hadir di majlis berkenaan.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menerusi twitternya kira-kira jam 8.55 pagi tadi telah mengeluarkan kenyataan bahawa dialog tersebut dibatalkan.

“Dialog 1MDB bersama NGO2… Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog diatas, di PWTC, Kl pagi ini dibatalkan,” katanya.

Sesi dialog Perdana Menteri bersama NGO tersebut telah dianjurkan oleh Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");