Membawang Hari Ini

“Shuib Berperangai Pelik Sehingga Perlu Disuap Makan” – Siti Sarah

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 32, mendedahkan karenah suaminya, pelawak Shuib (Sepahtu) yang pelik apabila setiap kali menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) termasuk perlu disuap makan.

Sarah, 32, berkata Shuib kehilangan selera makan selain sering beremosi kerana terlalu memberikan fokus terhadap program tersebut.

“Kalau Shuib sertai MLM, maknanya saya perlu memberi fokus lebih kerana ada karenah dia yang saya perlu jaga.

“Bayangkanlah, sebelum ini, apabila dia sertai MLM, makan pun kena suap kalau tidak dia tidak makan. Berat badannya turun mendadak kerana tiada selera makan.

“Saya rasa semua pelawak pun macam tu, dia akan dilanda kemurungan. Masa buat standupper tahun lepas, nak tidur pun tak boleh kerana risau tak pernah buat persembahan solo,” katanya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan lain, Sarah kini sedang hamil anak ketiganya empat bulan hasil perkongsian hidup dengan Shuib.

Tambah Sarah, dia tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak yang ramai kerana suaminya dulu merupakan anak tunggal dalam keluarganya dan dia begitu seronok setiap kali menerima kehadiran cahaya mata.

Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 27 Februari 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Uwais Alarni yang kini berusia empat tahun dan Dzahira Talita Zahra berusia dua tahun.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");