Sukan Hari Ini

Skandal rasuah FIFA: CONMEBOL hadapi krisis aliran tunai

CHILE, 24 Jun:
Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mungkin terpaksa menggunakan kumpulan wang rizab hampir $10 juta untuk menguruskan perbelanjaan berikutan masalah aliran tunai yang diakibatkan oleh skandal rasuah FIFA.

Bendahari Badan Pentadbir Serantau CONMEBOL, Carlos Chavez berkata kepada Associated Press, kumpulan wang rizab itu mungkin diperlukan untuk membayar perbelanjaan bagi Copa Amerika, kejohanan benua Amerika Selatan yang sedang berlangsung.

Chavez berkata rizab tersebut ‘akan memberikan kami sedikit ruang bernafas selama beberapa hari’, katanya yang dipetik daripada portal ESPN.

Chavez berkata penaja seperti Coca-Cola telah diminta untuk membayar terus kepada CONMEBOL.
Beliau berkata syarikat Datisa, yang memiliki hak untuk kejohanan itu hanya membayar sekitar $35 juta daripada jumlah $80 juta yang dipinjam daripada CONMEBOL.

Tambahnya lagi, akaun bank syarikat Datisa ini dibekukan kerana disiasat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berkenaan rasuah.

Datisa adalah syarikat yang memiliki hak untuk kejohanan Copa Amerika, dan pemiliknya adalah antara suspek utama berkaitan skandal rasuah $110 juta yang sedang dalam proses untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat.

“Penaja yang mempunyai kontrak dengan Datisa belum membayar semua hutang mereka, oleh itu, ada kemungkinan mereka perlu bayar secara terus kepada kami.

“Akaun milik Datisa dibekukan, dan tidak dapat membuat pembayaran (untuk CONMEBOL) dengan cara yang biasa yang telah dipersetujui sebelum Copa America,” kata Chavez.

Tambahnya lagi, CONMEBOL memerlukan sekurang-kurangnya baki $20 juta untuk membayar wang hadiah dan kos-kos lain berkaitan kejohanan.

– http://bm.therakyatpost.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");