Sukan Hari Ini

Skuasy hampir sapu semua pingat

PASUKAN skuasy Malaysia mengekalkan kecemerlangan untuk menyapu bersih pingat dalam Sukan Sea 2015 selepas skuad lelaki dan wanita melangkah ke perlawanan akhir di Pusat Skuasy Kallang, hari ini.

Malaysia selaku pilihan utama dalam ketegori lelaki dan wanita menunjukkan aksi cemerlang apabila skuad lelaki menumpaskan 2-0 sementara pasukan wanita yang diketuai oleh pemenang acara individu, Rachel Arnold menewaskan tuan rumah Singapura juga dengan 2-0 dalam aksi separuh akhir.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan lelaki akan berentap dengan Singapura sementara pasukan wanita akan menentang Indonesia dalam aksi final.

Pada perlawanan hari ini, Rachel tidak memberi peluang kepada pemain Singapura Mao Shi Yuan kerana mengambil masa cuma 23 minit untuk menang 11-7, 11-5 dan 11-7 sebelum Vanessa Raj mengutip mata kemenangan menewaskan Joannah Yue 11-4, 11-9 dan 11-8 dalam masa 32 minit.

Skuad lelaki kemudian mengulangi kecemerlangan apabila Valentino Bong menewaskan Sandi A. Perdana 11-9, 11-4 dan 11-8 sebelum pemenang acara individu, Sanjay Singh Chal melengkapkan kemenangan menumpaskan Syauma Siswa 3-0 (11-2, 11-3 dan 11-3).

Untuk rekod, Malaysia telahpun meraih pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita semalam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");