Perak Hari Ini

Sumber Bekalan Air Di Perak Mencukupi

IPOH: Keadaan tahap air di setiap empangan di negeri ini  masih berada pada tahap yang baik dan tiada laporan berhubung masalah  sumber berkenaan yang  dilaporkan setakat kini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Tenaga dan Air Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin penggunaan air yang tinggi sering kali timbul apabila tibanya musim perayaan.

“Kita masih tidak berhadapan dengan masalah bekalan air dan kekurangan air di setiap empangan yang terdapat dalam negeri ini,” katanya lagi.

keperluan kepada sumber air katanya masih lagi banyak dan tidak terjejas dengan fenomena cuaca yang sedang berlaku kini.

“Tidak ada kesan yang ketara kepada sumber air untuk dimanfaatkan oleh para pengguna,” katanya.

Bagi musim perayaan ini, Pihak Lembaga Air Perak (LAP) juga dijangka akan melaksanakan penambahan sumber dengan bantuan daripada logi baharu iaitu di Selama, Taiping dan Trolak.

Katanya isu kekurangan air di Kuala Kangsar 6 Mei yang lalu bukan disebabkan oleh masalah ketiadaan air tetapi air menjadi keruh dan kotor disebabkan faktor semulajadi.

“Ada cara-cara pihak LAP ambil bagi mengatasinya berikutan masalah aliran air melalui sungai Perak.. pada mulanya dikhuatiri ianya terjadi disebabkan pencerobohan tanah berlaku namun ianya disebabkan proses semulajadi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sejurus selepas mesyuarat Lembaga Air Perak hari ini.

Terdahulu, Pihak LAP juga berjaya mencatatkan status pencapai dan prestasi yang baik bagi tahun ini sehingg 31 Mei 2015.

LAP telah mencatatkan penjualan air sebanyak RM133.91 juta berbanding dengan RM127.04 juta bagi tempoh yang sama pada tahun 2014.

“Ini adalah peningkatan sebanyak RM6.87 juta bersamaan dengan 5.4 peratus berbanding dengan peningkatan sebanyak 4.2 peratus bagi tempoh yang sama sehingga 31 Mei 2014,” katanya.

Tambahnya lagi, keuntungan bersih sebelum cukai juga telah meningkat sebanyak RM4.83 juta iaitu dari RM38.88 juta sehingga 31 Mei 2014 kepada RM43.17 juta sehingga 31 Mei tahun ini iaitu sebanyak 12.4 peratus.

Manakala bagi pemberian subsidi air untuk rakyat miskin di Perak sehingga 15 Jun 2015 mencatatkan perbelanjaan sebanyak RM6,072,295.00 bagi sepanjang 8 tahun pelaksanaannya oleh pihak LAP.

“Melibatkan akaun keluarga misikin seramai 11,141 telah mendapat manfaat skim subsidi berkenaan,” katanya.

Manakala bagi rumah ibadat melibatkan 1,975 buah yang  terdiri daripada masjid, suarau, kuil, tokong dan gereja turut menerima subsidi berkenaan sebanyak RM291,830.76 sehingga Jun 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");