Berita Hari Ini

Terengganu pelawa belajar al-Quran

HULU TERENGGANU – Terengganu mempelawa masyarakat Islam di China untuk mengikuti pengajian al-Quran, kata Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.

Beliau berkata beberapa institusi pendidikan bersedia untuk menawarkan pakej pendidikan dan peluang mendalami ilmu Islam untuk masyarakat Islam China khasnya berkaitan pengajian mendalami ilmu al-Quran.

“Terdapat 30 juta masyarakat Islam di China yang boleh ditarik sebagai pelancong untuk mempelajari Islam di Terengganu,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Festival Kenyir di sini hari ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata pihaknya yakin untuk mencapai sasaran lima juta pelancong ke Terengganu tahun ini.

“Beberapa aspek seperti perkhidmatan hotel dan pengangkutan akan ditambah baik khasnya di kawasan pulau peranginan di Pulau Redang dan Tasik Kenyir,” katanya yang merasmikan festival tersebut.

Fastival Kenyir akan berakhir 6 Jun.

Mohd Jidin berkata tahun ini festival itu dijangka menarik 700,000 pengunjung berbanding kira-kira 650,000 orang tahun lalu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");