Berita Hari Ini

Tesco edar 40,000 pek sahur secara percuma

TESCO Malaysia melabur lebih RM250,000 untuk program ‘Bersahur bersama Tesco’ dengan pengedaran 40,000 pek sahur secara percuma kepada komuniti dan sekitar pasar raya Tesco terpilih sepanjang Ramadan ini.

Menerusi kenyataan medianya, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan dan Korporat Tesco Malaysia, Datuk Azlam Shah Alias berkata, ia merupakan salah satu program di bawah Kempen Kasih Ramadan, yang menjadi program amal tahunan syarikat itu.

“Pada tahun lalu, kami telah menjelajah Malaysia dengan membawakan jus buah-buahan dan bubur lambuk pada tahun sebelumnya.

“Tahun ini, untuk memberikan sedikit kelainan, kami edarkan pek bersahur secara percuma di kawasan komuniti terpilih dan masjid di sekitar pasar raya Tesco terpilih di seluruh Malaysia dengan menggunakan sebuah trak visual ‘Bersahur bersama Tesco’,” katanya.

Beliau berkata, objektif program itu untuk menggalakkan pengambilan sahur dan tabiat pemakanan sihat di kalangan rakyat Malaysia di bulan Ramadan.

“Pek sahur ini, turut menyediakan buah-buahan seperti pisang dan kurma, snek ringan, pek minuman panas pra-campuran berjenama Tesco dan roti serta ban yang segar dibakar setiap hari,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");