Sukan Hari Ini

Tevez tebus kekecewaan 2011

ARGENTINA menempah slot separuh akhir Copa America 2015 selepas menyingkirkan Colombia dalam aksi sengit, awal pagi semalam.

Pasukan diketuai Lionel Messi itu menang menerusi penentuan sepakan penalti, 5-4, selepas terikat 0-0 dalam tempoh masa sebenar.

Penyerang yang kini sah milik Boca Juniors, Carlos Tevez muncul sebagai wira selepas menyempurnakan sepakan terakhir Argentina.

Pengendali Argentina, Gerardo Martino mengakui bahawa dia sengaja meletakkan Tevez selaku penjaring terakhir kerana sebelum ini Tevez gagal menyempurnakan sepakan penalti pada Copa America 2011.

“Beginilah bola sepak. Memang saya tidak namakannya dalam lima pemain terawal. Kini dia mengubah segala-galanya,” katanya.

Mengulas aksi itu, Martina menjelaskan, pasukannya gagal menyempurnakan peluang selain aksi cemerlang penjaga gawang Colombia, David Ospina.

“Ospina adalah kunci Colombia. Kami menguasai perlawanan 90 minit tetapi gagal menjelmakan sebarang jaringan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");