Panasnya Hari Ini

Tiada Rakyat Malaysia Dilaporkan Jadi Mangsa Insiden kapal Karam Di China

KUALA LUMPUR: Wisma Putra melaporkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden kapal karam di China baru-baru ini.

Melalui Kementerian Luar juga, turut memberi pengesahan mengenai perkara tersebut berdasarkan senarai nama penumpang yang diberikan oleh pihak berkuasa China dalam satu kenyataan, hari ini.

Memetik laporan daripada mStar, Kementerian Luar juga akan terus memantau keadaan dan akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai China.

“Kami menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa,” menurut kenyataan daripada kementerian tersebut.

Terdahulu, kapal penumpang membawa 450 penumpang yang kebanyakkanya adalah pelancong warga emas telah karam di Sungai Yangtze di Wilayah Hubei, Selasa lalu pada jam 9.30 malam.

Turut dilaporkan, kapten dan ketua jurutera antara yang terselamata dalam kejadian tersebut dan mendakwa kapal tersebut karam selepas terperangkap dalam rebut siklon.

Pihak berkuasa China masih menyiasat punca kejadian berkenaan.

Sehingga ke hari ini, stesen televisyen China, CCTV, melaporkan kematian telah mencecah 26 orang dengan 14 orang telah berjaya diselamatkan manakala nasib yang lain masih belum diketahui.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");