Isu Panas
Like

Tubuh Parti Baharu, Hadi Beri Peringatan

June 23, 2015
63 Views
0 Comments
1 minute read
Tubuh Parti Baharu, Hadi Beri Peringatan

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peringatan bahawa pemimpin dan ahli PAS yang menyertai parti dan pertubuhan lain akan ‘tenggelam’ bersama parti baru itu.

Memetik sumber daripada laman Mstar online, peringatan tersebut dinyatakannya menerusi surat terbuka kepada ahli parti berikutan beberapa rancangan bagi penubuhan parti baharu oleh segelintir individu yang mengalami kekekalahan dalam pemilihan pucuk pimpinan.

“Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

“Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah,” kata Hadi menerusi surat terbuka kepada ahli-ahli PAS,” katanya lagi.

Beliau turut berpesan kepada ahli PAS supaya terus kekal dengan parti yang berpegang kepada prinsip perjuangan Islam.

“Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

“Gagalnya kita memahaminya, boleh menyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini kerana tidak menghayatinya dengan betul,” kata beliau lagi.

Terdahulu dilaporkan bahawa kumpulan progresif dalam PAS yang tewas pada pemilihan awal bulan ini sedang mencari pembaharuan baru dalam meneruskan agenda perjuangan mereka dalam politik.

Komen & Pendapat

Leave a Reply