Jenayah

Tukang gunting rambut maut dalam pergaduhan

KUALA LUMPUR – Seorang tukang gunting rambut warga India maut selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki Pakistan di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata mangsa yang dikenali Surjeet Singh, berusia lingkungan 30-an, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialaminya.

“Polis percaya mangsa mungkin terjatuh ketika bergaduh sebelum cermin pecah dan tertikam di dada. Setakat ini, polis tidak menemui sebarang senjata.

“Seorang saksi memberitahu polis bahawa suspek melarikan diri ke arah sebuah hotel berdekatan selepas bergaduh dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Susulan itu, polis menahan suspek berusia 29 tahun itu di sebuah hotel berhampiran untuk membantu siasatan.

Zainuddin berkata pemilik kedai gunting berkenaan mengesahkan mangsa adalah pekerjanya.

Katanya motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");