Panasnya Hari Ini

Tun M Berjanji Bantu Proton

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga selaku Pengerusi Eksekutif Proton Holding Berhad telah berjanj untuk melakukan satu perubahan besar terhadap Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

Memetik sumber daripada laman Portal Freemalaysiatoday hari ini, beliau berjanji untuk melaksanakan perubahan besar tersebut sejurus selepas Proton menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan syarikat automotif Jepun, Suzuki Motor Corporation pada Isnin.

“Saya kini yang bertanggungjawab, sebabnya saya kini Pengerusi Eksekutif. Saya akan jadikan ia sebagai suatu kenyataan,” katanya dalam sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton.

Tambahnya lagi, perjanjian tersebut akan dipastikannya memberi faedah dan hasil yang besar kepada perusahaan automobil negara ini.

Walaubagaimanapun bentuk dan jenis kerjasama yang bakal dimeterai kedua belah pihak itu masih belum diumumkannya setakat ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");