Panasnya Hari Ini

Tun M Kritik Tindakan Mara

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis mengkritik tindakan Majlis Amanah Raya (Mara) yang membayar lebihan RM13.8 juta dalam kontroversi urus niaga hartanah di Melbourne, Australia.

Memetik sumber daripada Sinar harian online, tindakan tersebut mencerminkan budaya Malaysia yang cukup bermurah hati dan sanggup membayar lebih.

“Saya pun macam tu, bila saya pergi kedai beli barang, saya bagi duit RM10, keep the change,” katanya.

Terdahulu sebuah akhbar Australia,The Age melaporkan Mara Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc.) telah membuat satu pembelian kontroversi pangsapuri, Dudley International House yang bernilai AS$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta) di Melbourne.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa, hartanah itu jauh lebih mahal dari harga pasaran yang didakwa dijadikan sebagai urus niaga tersebut.

Siasatan sedang dijalankan mengenai isu yang membabitkan perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");