Panasnya Hari Ini

Tun M Ragui Kemampuan Malaysia Capai Wawasan 2020

KUALA LUMPUR: Menurut Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pendapatan per kapita bukanya boleh dijadikan sebagai ukuran sebenar mencerminkan status pembangunan negara ini.

Memetik laporan daripada Mstar, Mantan Perdana menteri itu turut melemparkan kritikan mengenai dasar-dasar pentadbiran sekarang yang terlalu memberi fokus kepada pendapatan tinggi, dan tindakan menaikkan dasar gaji minimum akan membuat negara miskin.

“Sebagai contoh, kita mesti mempunyai penduduk berpendidikan tinggi. Secara dasarnya harus 100 peratus,” kata Dr Mahathir dalam ucapannya bertajuk ‘Leadership in the Final Push Towards Vision 2020’ semasa makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Hotel Istana, malam Isnin, menurut laporan Mstar lagi.

Tun Dr Mahathir telah mengilhamkan Wawasan 2020 pada 1991 bertujuan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada era tahun tersebut.

“Selain itu, industri yang dibangunkan seharusnya merupakan industri moden yang mencerminkan pengetahuan rakyat,” jelas Dr Mahathir.

“Bercakap tentang pendapatan tinggi, pendapatan tinggi, pendapatan tinggi. Tidak bercakap tentang produktiviti,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kepimpinan memainkan peranan penting dalam kemajuan sesebuah negara serta dalam tempoh masa lima tahun mencapai matlamat itu, kerajaan memerlukan usaha keras dalam mewujudkan masyarakat yang canggih, celik, kreatif dan produktif.

Beliau masih diragui sama ada ia boleh dicapai atau sebaliknya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");