Panasnya Hari Ini

Tunggu Keputusan Majlis Syura

KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan PAS serta ahlinya diingatkan supaya tidak mendahului keputusan Majlis Syura Ulama dan tidak terburu-buru meletak jawatan di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang walaupun diminta oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng untuk berbuat demikian.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keputusan meletak jawatan hanya boleh dilakukan sebaik sahaja Majlis Syura membuat keputusan sama ada menolak atau menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Sehinggalah Majlis Syura bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan usul tersebut berdasarkan perkiraan syarak kerana melibatkan hokum tahaluf siyasi.

“Setelah itu, Jawatankuasa PAS Pusat akan melaksanakan mana-mana keputusan Majlis Syura menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli,”katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini, memetik laporan daripada Sinar Harian,

Terdahulu, Guan Eng telah meminta semua wakil PAS yang menduduki jawatan di peringkat kerajaan Pulau Pinang untuk meletak jawatan menerusi satu kenyataan yang telah dikeluarkannya.

Guan Eng berkata, tindakan itu perlu dilakukan selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Sementara itu, Khairuddin turut menyatakan bahawa perkara yang sama turut berlaku dalam pimpinan PAS Selangor supaya tidak keluar daripada tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Selangor kerana parti itu merupakan penyumbang kepada kemenangan dengan memperoleh 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");