Isu Panas

Turun padang bukan musim pilihan raya saja

HULU TERENGGANU – Lebih banyak program bersama rakyat perlu diadakan oleh para pemimpin Umno untuk mendekati dan memahami masalah mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Jailani yang juga ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata program turun padang patut diadakan tanpa mengira masa, bukan hanya ketika musim menjelang pilihan raya.

“Umno Bahagian Hulu Terengganu perlu memperkukuh segala aktiviti dari peringkat akar umbi demi menjaga parti,” katanya.

“Kita perlu bersedia menghadapi isu semasa yang sentiasa ditimbulkan pihak-pihak tertentu dan kita juga seharusnya bersatu menjaga parti,” tegas beliau dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa bersama 300 pemimpin Umno Hulu Terengganu di sini malam tadi.

Majlis anjuran Umno Bahagian Hulu Terengganu itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat yang juga Adun Telemong, Ketua Wanita Umno Negeri Terengganu, Datuk Fatimah Hamat dan Pegawai Penyelaras Dun Manir, Yusof Awang Hitam. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");