Jenayah

Ugut guna pedang samurai

MELAKA – Seorang penganggur direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes melakukan ugutan jenayah di sebuah stesen minyak di Semabok, awal pagi Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Razali Bakar berkata, suspek berusia 32 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan ditahan sekitar jam 4.30 pagi semalam di rumah kakaknya di Sungai Rambai.

Katanya, suspek datang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan serta membawa pedang samurai kira-kira satu meter sambil mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah dan mencari seseorang.

“Ketika kejadian, terdapat dua pekerja di bahagian kaunter. Mereka yang ketakutan terus mengunci bahagian dalam kaunter stesen minyak berkenaan.

“Selepas permintaannya tidak dilayan, suspek terus membonceng motosikal jenis Modenas Kriss dan beredar dari stesen minyak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, semalam.

Tambah Razali, susulan tertangkapnya suspek, sebuah kereta Proton Saga BLM yang dilaporkan hilang di Merlimau pada petang sebelum kejadian berjaya ditemui semula berada dalam milikan suspek.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");