Isu Panas

Umno bakal berkubur jika tidak bersatu

SHAH ALAM – Umno digesa menyelesaikan segera pergolakan dalaman parti itu khususnya ketika berdepan dengan isu berkepentingan negara secara bersama jika tidak mahu ia berkubur dalam politik negara ini.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamed Izat Emir menegaskan segala masalah boleh diselesaikan jika semua pimpinan Umno boleh bertolak ansur.

“Sekiranya Umno berpecah sekali lagi kerana kepentingan jawatan atau isu-isu yang boleh diselesaikan bersama tetapi tidak mahu berpakat baik-baik, saya khuatir dan bimbang ia akan menguburkan Umno sebagai tulang belakang pemerintahan kerajaan.

“Saya mohon agar kepimpinan negara tidak berpecah belah untuk mengharungi badai perjuangan menjadikan Malaysia negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Moehamed Izat juga berkata masih tidak terlewat bagi Umno untuk memperbetulkan keadaan kerana masih belum terlewat untuk berbuat demikian.

“Pergolakan yang berlaku dalam Umno belum lagi melemah dan melumpuhkannya sebagai satu parti yang terus menerus memerintah negara yang tercinta,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meneruskan usaha pembaharuan kepada rakyat Malaysia.

“Gagasan 1Malaysia merupakan cadangan yang paling sesuai untuk menyatupadukan rakyat dan bantuan serta pertolongan diberikan kepada semua yang memerlukan.

“Rakyat perlu bersama-sama memikul tanggungjawab ini untuk memastikan negara kita sihat untuk masa depan anak cucu kita,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");