Jenayah

Wanita terjun Sungai Kerian dikhuatiri lemas

PARIT BUNTAR – Seorang lelaki hanya mampu melihat seorang wanita terkapai-kapai sebelum tenggelam di Sungai Kerian, berhampiran Dataran Pinggiran, di sini, kira-kira jam 12.10 tengah hari, semalam.

Saksi, Fadzil Said, 40, berkata, dia terkejut menyaksikan seorang perempuan berpakaian serba putih tiba-tiba terjun ke dalam sungai itu.

“Kejadian sekelip mata, saya tergamam dengan tindakan mengejut wanita itu dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Saya kemudiannya segera melaporkan kejadian itu kepada Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Parit Buntar serta polis untuk tindakan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya dengan bantuan Polis Marin dan JBPM Parit Buntar segera menjalankan operasi dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas.

Menurutnya, saksi kejadian menceritakan mangsa terjun tanpa sebab ke dalam sungai itu sebelum tenggelam.

“Mangsa dipercayai Teoh Lay See, 31, dari Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang hasil pengecaman identiti dilakukan ibu mangsa menerusi penemuan sepasang kasut perempuan berhampiran lokasi kejadian.

“Dalam operasi mencari dan menyelamat hingga jam 6 petang semalam, mangsa masih gagal ditemui,” katanya.

Suasana sugul menyelubungi lokasi kejadian apabila keluarga mangsa tidak dapat menahan kesedihan.

Keluarga mangsa memaklumkan mangsa seorang yang pendiam dan mereka tidak mengetahui punca sebenar mangsa terjun ke dalam sungai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");