Berita Hari Ini

Warga emas dapat BR1M

TRIANG – Lebih 100 penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (RKWESR) menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) semalam.

Penghuni, Hasnah Jusoh, 77, berkata, bantuan itu amat bermakna walaupun dia menerima pelbagai kemudahan secara percuma di sini.

Menurutnya, pada usia emas itu, tidak banyak perkara yang perlu dipenuhi melainkan sesekali ingin merasai makanan lain selain yang disediakan.

Dia yang senang dikenali sebagai Mok Long gembira menerima bantuan sebanyak tiga kali setahun itu, lebih-lebih lagi apabila penghuni di sini tidak lagi menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Syukur apabila sudah dapat duit ini sebab susah juga kalau tiada wang saku.

“Walaupun tak beli barang yang mahal-mahal tetapi ada masanya teringin makan kuih atau makanan yang dijual dil uar,” katanya.

Hasnah berkata, pada awal bantuan JKM dihentikan, dia pernah menyuarakan hasratnya untuk balik ke Kuantan tetapi tidak dibenarkan memandangkan tiada waris yang akan menjaganya.

Timbalan Pengerusi RKWESR, Jamil Karim berkata, semua penghuni di sini menerima BR1M, dan mereka menyimpan sendiri duit yang diterima malah bebas menggunakan pada bila-bila masa.

“Pihak kami tiada sekatan, malah membenarkan mereka keluar membeli barangan keperluan lain.

“Jika mereka mahu kami simpankan wang itu, kami turut membantu kerana ada di kalangan mereka yang sukar menjaga keselamatan duit berikutan masalah kesihatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");