Membawang Hari Ini

Watak Smurfette bersuara Demi

Sony Pictures Animation mengumumkan penyanyi Let It Go, Demi Lovato, 22, sebagai pelakon baru untuk suara watak Smurfette dalam filem animasi Smurfs terbaru, Get Smurfy.

Pengumuman itu dibuat dalam sidang media bersama pengarah filem berkenaan Kelly Asbury sempena minggu Summer Of Sony Pictures 2015 di Cancun, kelmarin.

Turut diumumkan ialah dua lagi bintang iaitu pelakon komedi terkenal Rainn Wilson sebagai watak antagonis Gargamel manakala pemenang Emmy Awards Mandy Patinkin sebagai Papa Smurf.

Get Smurfy akan menemui penonton di seluruh dunia pada Mac 2017.

Dalam The Smurfs pada 2011 dan The Smurfs 2 (2013), watak Smurfette menggunakan suara Katy Perry manakala Papa Smurf menggunakan suara Jonathan Winters.

Hank Azaria pula membawa watak Gargamel selain turut menampilkan lakonan Neil Patrick Harris dan Jayma Mays. Ia diarahkan Raja Gosnell.

Asbury berkata, berbanding The Smurfs dan The Smurfs 2, Get Smurfy tampil berbeza menggunakan teknik animasi komputer sepenuhnya.

“Semua watak Smurfs juga dibuat kembali supaya sama seperti watak asal ciptaan pelukis komik Belgium Peyo Culliford pada 1958,” katanya.

Sementara itu, penerbitnya, Jordan Kernan berkata, pendekatan berbeza itu penting kerana ia menyaksikan mereka kembali kepada Smurfs yang asal ciptaan Peyo.

“Saya harap ia bukan saja disukai peminat fanatik Smurfs tetapi penonton di seluruh dunia,” katanya.
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");