Isu Panas, Panasnya Hari Ini

Zairil Khir Johari Luah Rasa Kecewa

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari meluahkan rasa kecewa dan terkilan beliau dengan senario politik dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kini tidak lagi sehaluan.

Zairil berkata, kekecewaan itu turut dirasai sama oleh rakyat yang telah memberi kepercayaan sebanyak 52 peratus kepada PR pada pilihanraya yang lalu.

“Saya sebenarnya rasa kecewa dengan… saya rasa rakyat Malaysia juga rasa kecewa selepas memberi mandat sebanyak 52 peratus kepada PR.

“Sekarang melihat PR mempunyai masalah, bergaduh sesama sendiri sudah tentu kecewa,”katanya di lobi Dewan Rakyat, semalam memetik laporan daripada Sinar Harian.

Semalam, politik tanahair kecoh apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan parti itu menerima keputusan Muktamar PAS yang ingin memutuskan hubungan dengan DAP dan menyatakan PR tidak lagi wujud.

“Saya sebagai ahli PR, DAP, wakil rakyat juga merasa kecewa,”luahnya.

Sehingga kini, Majlis Syura Ulama PAS masih tidak membuat sebarang keputusan berhubung usul muktamar tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera itu lagi,, berkemungkinan wujud pihak yang telah memungkiri janji yang menyebabkan perpecahan itu berlaku.

“Namun kita tetap berpegang pada pendirian bahawa…kena faham ya… pertama sekali ada pihak yang tidak menurut janji mereka dan apa yang mereka telah persetujui iaitu dasar bersama.

“Dan tidak ada gabungan politik mana dalam dunia ini yang boleh bertahan sekiranya ada pihak yang tidak mengikuti perjanjian yang telah ditetapkan,”katanya.

Katanya lagi, strategi baharu perlu dirancang untuk terus melangkah ke hadapan.

“Jadi nak buat macam manalah. Saya rasa kita kena melangkah ke depan dan sekarang ini pihak pimpinan sedang melakar strategi untuk melangkah ke depan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");