PEMAIN pertahanan kanan Atalanta, Davide Zappacosta sedia beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mendengar perkhabaran Liverpool berminat untuk merekrutnya musim panas ini.
Berusia 23 tahun, Zappacosta tampil cukup cemerlang pada musim pertamanya di Serie A dan beraksi baik ketika membantu Itali dalam kempen Piala Eropah Bawah 21 Tahun.
Persembahannya itu menarik minat The Reds dan pada masa sama kelab domestik, Fiorentina dan Torino juga berminat mendapatkan perkhidmatannya.
Begitu pun, dia menegaskan siap siaga berpindah ke EPL berbanding kekal di Serie A.
“Bermain di EPL menjadi sebuah mimpi bagi saya. Namun, saya tak tahu kesahihan berita itu.
“Saya ingin mencabar diri dan bermain di peringkat tertinggi pentas antarabangsa serta merasai pengalaman di luar negara,” katanya.-mstar