Sukan Hari Ini

Zulfahmi akui beri persembahan terburuk di GP Itali

KUALA LUMPUR: Perlumbaan Grand Prix Itali semalam disifatkan penunggang Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin sebagai terburuk sepanjang kariernya yang ditambah dengan keadaan jentera kurang sempurna.

Selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan mata buat pertama kali di GP Perancis dua minggu lalu, aksi di Litar Mugello tidak berakhir seperti diharapkan penunggang pasukan Drive7 SIC Racing itu yang menamatkan saingan di kedudukan ke-26.

“Saya percaya hari ini (semalam) adalah perlumbaan yang terburuk dalam kerjaya saya,” kata penunggang kelahiran Banting, Selangor itu.

“Pada sesi pemanas badan di sebelah pagi, saya hilang semua keyakinan saya, saya merasakan sesuatu yang amat berbeza dengan jentera.

Ia banyak bergerak ketika mengambil selekoh, terutama di sebelah kanan. “Kami cuba untuk menyelesaikan masalah itu selepas sesi terbabit namun kami gagal mencari puncanya.

Ketika perlumbaan saya merasakan bahawa peredam kawalan saya rosak dan sebaik saja saya mengambil selekoh kanan, saya dapat merasakan perbezaan.

“Saya tahu tiada apa yang boleh dilakukan jadi saya meneruskan perlumbaan dan berlumba sebaik mungkin kerana saya tidak mahu mengalah.

Ini bukannya penamat buat saya, sasaran saya adalah kedudukan mata dan saya tahu kemampuan saya.”

Beraksi sepenuh musim buat kali keenam dalam kelas Moto3, ia dianggap peluang terakhir buat Fahmi yang sudah pun diberikan amaran untuk bangkit atau bersedia disingkirkan.

Kembali berlumba menggunakan jentera KTM selepas menggunakan jentera Honda, musim lalu, Fahmi begitupun terus bergelut dan hanya mampu mengutip dua mata kejuaraan.

Nasib juga tidak menyebelahi rakan sepasukan Fahmi, Jakub Kornfeil yang pada satu ketika perlumbaan berada di kedudukan podium sebelum menamatkan saingan di kedudukan ke-16.- http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");