Panasnya Hari Ini
Like

1MDB Nafi Salur Dana Ke Akaun Peribadi Najib

July 3, 2015
41 Views
0 Comments
1 minute read
1MDB Nafi Salur Dana Ke Akaun Peribadi Najib

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan dakwaan bahawa syarikat itu bertindak menyalurkan dana ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak, seperti yang didakwa oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

Terdahulu, media sosial pada hari ini kecoh apabila kedua-dua laman berita itu mendakwa berbillion ringgit telah disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Melalui satu kenyataannya hari ini, 1MDB menyifatkan tindakan kedua-kedua media itu merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan menyifatkan ianya satu percubaan untuk melemahkan syarikat itu.

Kebelakangan ini, syarikat pelaburan strategik Negara itu dikritik hebat berikutan hutangnya yang tinggi sehingga mencecah RM42 billion.

Syarikat itu turut menerima kritikan pedas daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“1MDB ingin menjelaskan, syarikat ini tidak pernah menyalurkan sebarang dana kepada Perdana Menteri.

“Untuk mencadangkan sebaliknya, seperti dilakukan beberapa media, adalah sangat tidak bertanggunjawab dan satu percubaan bertujuan melemahkan syarikat ini,”katanya, memetik laporan Malaysian Insider.

WSJ dan Sarawak Report hari ini telah melaporkan bahawa 1MDB yang mengalami hutang yang tinggi itu telah menyalurkan wang bernilai berbillion ringgit ke dalam akaun peribadi Najib.

Kedua-dua media itu dikatakan memetik dokumen yang diambil daripada siasatan ke atas 1MDB yang kini sedang disiasat.

Sarawak Report turut melaporkan Peguam Negara juga menyedari akan perkara tersebut.

Komen & Pendapat

Leave a Reply