Perak Hari Ini

200 Golongan Kurang Kemampuan Terima Sumbangan

IPOH: Seramai 200 golongan kurang berkemampuan terdiri pelbagai bangsa telah menerima sumbangan daripada Majlis Masyarakat Sivil (MMS) Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Penerima berkenaan adalah terdiri daripada 110 penerima dalam senarai e-kasih dan 90 penerima yang dipilih sendiri oleh MMS.

Sumbangan tersebut yang merupakan barangan keperluan harian dan wang tunai turut diberikan oleh 26 syarikat dan individu terdiri daripada barangan keperluan asas.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, sumbangan berkenaan menunjukkan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan tersebut.

Ujarnya, ia juga mampu mengurangkan bebanan yang ditanggung rata-rata penerima yang merupakan golongan asnaf, miskin dan juga ibu tunggal.

“Sumbangan tersebut merupakan satu tindakan yang murni yang mana secara sedar atau tidak akan membina kasih sayang antara semua pihak dengan masyarakat.

“Selain itu, ia dapat meringankan bebanan khususnya bagi orang beragama Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan berkenaan di Dewan Bandaran di sini, hari ini.

Zamri berkata, ia secara tidak langsung menjadi harapan kerajaan negeri yang mana demi kepentingan rakyat di negeri ini.

“Ia juga dapat mewujudkan kasih sayang dalam kalangan semua pihak terutamanya kepada masyarakat,” tambahnya.

Beliau juga berkata bahawa program berkenaan merupakan kejayaan secara berkumpulan sama ada daripada pihak Kerajaan, masyarakat dan semua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");