Perak Hari Ini

3,000 Golongan Kurang Berkemampuan Terima Sumbangan Zakat Daripada Gulam Rasul

TELUK INTAN: Seramai 3,000 golongan kurang berkemampuan di Daerah Hilir Perak telah menerima sumbangan zakat yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Zakat yang dianggarkan berjumlah RM21,000 telah disumbangkan oleh seorang peniaga restoran terkenal di Teluk Intan, Gulam Rasul Mohamad Hussain.

Anak kepada Gulam, Dr Syed Ibrahim berkata, zakat berkenaan bertujuan untuk meringankan beban golongan itu terutama sekali bagi yang beragama Islam untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan diraikan tidak lama lagi.

PERAK TODAY 2

Ujarnya, sumbangan tersebut telah diagihkan oleh keluarganya itu kepada penerima yang beragama Islam dan bukan Islam di kawasan berkenaan sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan bermula sejak tahun 1994.

“Masa tahun itu, kita bermula dengan pemberian kepada 80 orang fakir miskin sahaja, tetapi alhamdulillah setahun ke setahun meningkat.

“Sekarang ini kita berikan kepada 3,000 orang yang beragama Islam dan bukan Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, pemberian tersebut akan berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Sumbangan berkenaan terdiri daripada barangan keperluan harian termasuklah beras, susu, bihun, minyak dan beberapa barangan lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");