Perak Hari Ini

3P Terus Pantau Kes Ketirisan Pasir

IPOH: Sebuah Pusat Pemantauan ‘Command Centre’ yang ditubuhkan oleh kerajaan Negeri Perak dibawah seliaan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) melalui Pengurusan Pasir Perak (3P) dilihat berjaya menyelesaikan masalah ketirisan pasir di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, penubuhan 3P ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah ketirisan pasir dari segi pengeluaran atau hasil pasir di negeri ini.

9

 

“Pelbagai usaha telah diambil, banyak mesyuarat yang telah kita adakan, banyak tindakan susulan telah kita laksanakan dan banyak juga penambahbaikan kita lakukan.

“Pada hari ini, dalam rombongan ini turut disertai oleh media yang turut melihat cara ‘Command Centre’ ini telah dilaksanakan dengan begitu baik sekali,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan selepas melihat Pusat Pemantauan Pengurusan Pasir Perak di Perak Techno Trade Centre (PTTC), di sini.

Katanya lagi, sejak ditubuhkan pada Oktober tahun lalu, begitu banyak kerja telah dilaksanakan yang melibatkan dari segi kutipan hasil dalam negeri dan penurunan ketirisan.

8

“Ingin saya maklumkan di sini bahawa untuk suku tahun terakhir 2014, dari segi royalti atau doket, sumbangan kepada 3P daripada Pasir Perak ini adalah setinggi RM480,000.

“Manakala bagi tahun ini, Januari sehingga Julai, tambahan sebanyak RM6 juta telah berjaya dikutip,”ujarnya.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut menerima cadangan dimana kesemua pengusaha-pengusaha pasir 4C (pengusaha pasir) ini akan diberikan melalui 3P.

4

 

 

“Itu Cuma satu cadangan dimana sekiranya ia dilaksanakan, ianya dapat membantu kita untuk membanteras ketirisan yang mungkin terjadi.

“Selain itu, pengusaha pasir untuk kegunaan tempatan akan diberikan rebat bilamana mereka dapat menunjukkan bukti atau invois bahawa ianya untuk kegunaan tempatan,”jelasnya.

Beliau turut berkata, 3P turut diiktiraf oleh Jabatan Audit Negara dari segi inovasi dan ianya menjadi model terbaik untuk negeri-negeri lain.

1

 

“Laporan Audit Negara telah mengiktiraf Pengurusan Pasir Perak sebagai salah satu daripada model dari segi inovasi mereka dan memang dinyatakan ianya model terbaik untuk negeri lain.

“Selepas ini, kita akan adakan beberapa siri perbincangan dan taklimat kepada kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan juga kepada pengusaha pasir untuk sama-sama membaiki apa yang ada buat masa ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");