Membawang Hari Ini

41 artis veteran terima bantuan Aidilfitri

YAYASAN Artis 1Malaysia (YA1M) tidak meminggirkan golongan artis veteran apabila seramai 41 golongan itu menerima RM2,000 setiap seorang khususnya untuk perbelanjaan Aidilfitri.

Presiden YAIM Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai D.J Dave berkata, sejumlah RM82,000 telah disediakan pihaknya khusus bagi membantu artis yang telah berusia 60 tahun ke atas.

“Pada tahun ini ada juga artis yang belum mencapai usia 60 tahun tetapi YAIM memberikan juga bantuan kepada mereka kerana ada dalam kalangan mereka yang sakit seperti kanser dan terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas majlis Iftar bersama Bintang serta majlis sumbangan sempena Aidilfitri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir, penyanyi Fauziah Latif, Ramlah Ram, Rozita Rohaizad, Jeffrydin serta pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz serta Sukarni Jaafar.

Beliau berkata bilangan yang menerima bantuan tahun ini lebih ramai berbanding 35 orang tahun lalu.

“Sumbangan ini sudah menjadi tradisi bagi YAIM setiap tahun bukan hanya pada sambutan Aidilfitri malah perayaan lain seperti Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");