Perak Hari Ini

70 Murid Miskin, Anak Yatim Terima Sumbangan Hari Raya

Ipoh: Seramai 70 orang murid miskin dan juga anak yatim daripada Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di sini telah menerima sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohd Nizar Zakaria dalam satu majlis yang diadakan di sekolah berkenaan, di sini, hari ini.

PERAK TODAY 4

 

Beliau berkata, sumbangan berkenaan dilihat mampu memberi kesan kepada penerima berikutan ia dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh murid-murid berkenaan serta keluarga mereka.

“Hari ini seramai 70 orang murid telah mendapat RM120 setiap seorang yang telah disumbangkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) dan beberapa pihak lain.

“Aktiviti yang seumpama ini sebenarnya cukup memberikan kesan kepada murid-murid yang berada dimana-mana sekolah dalam negara termasuklah di negeri Perak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Hadir sama, Guru Besar SK Pakatan Jaya, Faridah Yusop.

PERAK TODAY 5

Beliau juga berharap agar aktiviti seperti itu dapat diteruskan disamping mempelbagaikan lagi program lain bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi juga secara berterusan.

“Saya berharap mana-mana sekolah yang berada di negeri Perak ini, supaya mereka turut libatkan diri dalam takwin tahunan untuk menyusun atur termasuklah di bulan Ramadan ini dengan mempelbagaikan aktiviti, baik dalam kalangan guru, murid termasuklah staf-staf diperingkat sekolah.

“Ia supaya kita dapat menyemarakan usaha-usaha juang dalam kontek ibadah kepada Allah SWT dan juga terhadap nilai dan falsafah pendidikan Jerry iaitu daripada segi pengukuhan emosi, rohani, serta nilai intelektual yang ingin kita lahirkan,” tegasnya.

PERAK TODAY 6

Sementara itu, menurut salah seorang penerima, Nur Syuhadah Mohd Nordin, 12, beliau amat bersyukur kerana terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.PERAK TODAY 1

Beliau yang merupakan anak bongsu daripada lima orang beradik dan telah kehilangan ayah berkata, sumbangan berkenaan akan digunakan untuk membeli kelengkapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

PERAK TODAY 2Seorang lagi penerima, Mohd Noor Faiq Noor Zilan, 12, berkata sumbangan berkenaan akan digunakan untuk simpanan bagi menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

Beliau yang kehilangan ayah kelihatan sangat gembira apabila menerima sumbangan tersebut.

“Saya gembira menerima sumbangan ini dan duit itu saya akan simpan dalam bank untuk kegunaan masa hadapan,” kata beliau lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");