Perak Hari Ini

70 Pesakit Di Hospital Selama Terima Bantuan Raya

SELAMA: Bagi meringankan dan menggembirakan hati pesakit-pesakit di Hospital Selama, UMNO Bahagian Larut bersama pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Larut telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit yang berada di hospital tersebut, semalam.

Seramai lebih daripada 70 pesakit di hospital tersebut telah menerima bantuan yang diberikan.

Ketua Bahagian UMNO Larut, Faizul Arby Mohd Shohor berkata, antara bentuk sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk kuih raya dan juga wang.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan pesakit dan menggembirakan mereka menjelang Aidilfitri,”katanya.

????????????????????????????????????
????????????????????????????????????

Beliau telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada pesakit di wad lelaki, wanita, hemodialisis dan juga kanak-kanak.

Seorang pesakit, Saripah Mohamad 40, berkata.sumbangan wang yang diterima akan digunakan untuk persiapan hari raya nanti.

“Dengan sumbangan yang diberikan ini, sedikit sebanyak dapat membantu saya menggunakan untuk rawatan,”katanya.

Beliau dimasukkan ke hospital selama sehari akibat jatuh ketika memasang langsing untuk menyambut Aidilfitri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");