Berita Hari Ini

AirAsia sambung semula penerbangan ke Dhaka

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia telah menyambung semula penerbangan terusnya ke Dhaka dengan jumlah penumpang yang menggalakkan semasa penerbangan sulungnya semalam.

Ketua komersil syarikat penerbangan itu, Spencer Lee berkata ia menandakan tambahan kepada rangkaian penerbangan AirAsia yang luas, terutama ke Asia serta lebih jauh lagi untuk para pelanggannya.

“Oleh kerana Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan dua hala yang sedia ada dan kukuh, terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, kami di AirAsia berbangga dapat menyokong hubungan ini dengan menyediakan jambatan di antara kedua-dua negara melalui perkhidmatan penerbangan harian kami yang terbaik di dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagi membolehkan pengalaman membuat tempahan yang lancar, syarikat penerbangan tersebut telah memperkenalkan sistem tempahan yang dipertingkatkan melalui laman web dengan kaedah pembayaran yang lebih cepat, navigasi yang lebih mudah serta keupayaan untuk mengambil dari carian terakhir pelanggan.

Dhaka yang merupakan sebuah kota raya dengan 18 juta penduduk, merupakan di antara bandar yang terbesar di dunia.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");