Panasnya Hari Ini

Akan Teruskan Perjuangan-Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan  Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendiriannya untuk terus  beristiqamah dalam perjuangannya bersama UMNO dan akan tetap terus turun padang menjalankan amanah yang diberikan.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri solat Jumaat di Masjid Panchor Pagoh hari ini.

Tambahnya lagi, setiap yang berlaku kepadanya adalah perkara biasa dan keputusan tersebut merupakan bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Saya menjalankan tugas tidak berhenti siang dan malam dan akur dgn segala arahan yang diamanahkan,” katanya.

Tambahnya pandangan yang berlainan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah satu2nya perbedaan yang ketara.

Beliau turut mengingatkan dirinya supaya terus menjalankan tugas sebagai pemimpin yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawab bagi menjalankan tugas berdasarkan undang-undang dan peraturan dunia berdasarkan amal makruf nahi mungkar.

Tambah Muhyiddin lagi pandangan yang dilontarkan akhirnya mengundang kesan sedemikian dan beliau akur dan yakin pasti ada hikmah di sebaliknya malah merasa beban yang telah dipikul selama juga menjadi lebih ringan.

“Allah telah memberikan rehat yang secukupnya dan Allah SWT telah menentukan segalanya.

“Kini merasa keseronokan yang amat sangat dapat bergaul dengan kelurga dan anak cucu,” katanya lagi.

Muhyiddin turut berkata akan terus berjuang diatas landasan yang betul dan itu adalah pendiriannya.

“Orang Pagoh jangan bimbang da diharapkan Menteri Pengajian Tinggi baharu aka meneruskan pembangunan di Pagoh,” katanya.

Tambahnya lagi, selaku Timbalan Presiden UMNO beliau akan meneruskan tanggungjawab membantu Presiden.

Beliau dalam masa yang sama turut melahirkan rasa gusar yang tinggi terhadap trend sokongan kepada kerajaan kini.

Tegasnya lagi, tempoh masa dua tahun sahaja lagi perlu digunakan bagi membetulkan keadaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");